Cinta File Pink [3]

Di bilik mesyuarat..

“Yana, I nak you terangkan di depan kami semua tentang penelitian awak mengenai video klip SS501 Deja Vu itu” arah Encik Iskandar.

“Kami semua?” tanya Yana hairan. “Encik maksudkan, pada Encik Iskandar dan Encik..urm.. Junsu?” reluctant Yana ingin menyebut nama lelaki itu dan langsung tidak memandang lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Geramnya masih bersisa. Dan dia tahu lelaki itu juga sedang membendung amarahnya.

“No, not. Kita bertiga. There are another 5 more to come”

Yana mengangguk. Dia menarik nafas bersedia. Tetapi dia terganggu dengan pemandangan di hadapannya. Apsal lah lelaki ni masih bertopi dan berkaca mata hitam ni? Tak rimas ke?

“Siapa yang rimas, Yana? Awak okay ke?” tanya Encik Iskandar.

Oops! Aku terlepas cakap ke? Belum sempat pun Yana membalas soalan Encik Iskandar, pintu diketuk.

“Masuk”

Dan-

“Anyeong haseyo~” bila seorang, seorang mula masuk. “Dong Bang Shin Ki imnida”

‘OMO!!!!!!!! OMOOOO!!!!! Ternganga mulut Yana! Eh betul ke ni? Wahh! Wahh!  I’m meeting them face to face. Macam tak percaya je.. selama ni liat diaorang dari kejauhan je. Meliat diaorang waktu konsert je. Tu pun baru dua kali. Dan sekarang..dah ada depan mata.. wahh! harap-harapnya aku tak bermimpi lahh’  Yana mencubit pipi kanannya, terasa sakit. Dia betul-betul tidak bermimpi.

Dan mereka mula mengambil tempat duduk di sebelah Encik Junsu. So now kesemuanya berhadapan dengan Yana. Tapi.. Yana mengira.. 1, 2, 3, 4 – Yun Ho, Jae Joong, Max dan Micky. Eyhhh.. mana Xiah?

“Xiah.. odi yo?” tanpa Yana sedari dia terlepas cakap lagi.

Xiah yang mendengar namanya terkeluar dari mulut gadis di hadapannya itu memandang di sebalik kaca mata hitamnya.

“Isn’t…” belum pun sempat Yun-Ho menjawab, kakinya telah ditandang Xiah dari bawah meja. YunHo memandang Xiah sekilas Xiah dan Encik Iskandar sekilas.

Dilihatnya Encik Iskandar hanya mengangguk seolah memberi satu isyarat.. dan somehow, semua mereka faham.

“Zul-sshi, mianhe. Xiah tak dapat datang mesyuarat kali ni. He’s not feeling well,” Max menjawabkan soalan Yana.

“Ahh..is he ok? Is he alright? What happened?” terpancar kerisauan di wajah Yana.

“No worries.. urmm… miss..” terhenti Micky kerana dia tidak tahu nama gadis manis di hadapannya ini. “I’m sure he is very fine. It’s just him. When he doesn’t feel like it, he doesn’t come to this meeting. Lousy boy!” sempat lagi Micky mengenakan Xiah yang cuba menyembunyikan perkara sebenar dari gadis manis. Entah apakah tujuannya.

‘Ohh..like this y0ur way YooChun. Jaga kau nanti bila balik rumah later!’ terkumat-kamit mulut Xiah menahan geram. Nasib lahh kau lepas ni. Tapi tunggu selepas aku balas dendam aku dengan perempuan ni. ‘Sabar ye Micky, engkau tunggu giliran kau.. nanti ye… ‘ Xiah mula bermain dengan jari-jemarinya mematah-matahkan jarinya untuk merelakskan sengal pada jari jemarinya itu.

“So, Zul-sshi..aren’t you going to introduce us who is this sweet lady infront of us?” U-Know berkata pada Encik Iskandar Zulkarnain yang mereka gelar sebagai Encik Zul.

“Oh ya.. guys.. this young lady here is Yana, our new Studio Technical Assistant. And- Yana, urmm.. I’m sure you know already the guys infront of you are the DBSK. Your favourite group kan?”

Yana berdiri memberi tanda hormat. Dalam hati memang berdebar giles. Tapi dia mesti professional.

“And yes, Yana. I like the fact that you are being professional in your work. I hope these continue.”

“Maksud encik?”

“It’s okay Yana. Loose your tense here! They are friendly people. They won’t eat you. Buat apa nak takut.. kan diaorang ni the love of your life kan?”

“Chincha?” tanya Jae Joong pula.

BUSH! Nampaknya Encik Iskandar membaca jawapan pada borang 6 soalan itu. Gulp! Yana mula blushing dan tidak tentu rasa. Dan bila dia tak tentu rasa.. she will be clumsier than ever..

“Ahh..andwe.. andwe.. only one. Xiah is the love of my life. DBSK as a whole is my oxygen. I can’t live without them,” wahhh!!! franknya jawapan Yana.

“WOAHHHHHHHH! BRAVO! BRAVO!” Encik Iskandar menepuk tangan.

“WOAHHHH!!! Xiah is the love of your life? Serious?” tanya Yun-Ho pula. Dan Yana terus melambai-lambaikan tangannya cuba menidakkan. Malu sebenarnya. “I wonder why is that? Can you tell us?”

“Kamsahamnida, Yana-sshi” Max terus berdiri dan beralih tempat duduk ke sebelahnya. Sebelum tu, Max mengunjukkan tangannya. “Cik Yana, Chang Min imnida.

“Let’s be friends and work together” manis senyumannya si Maknae ini. Hampir lemah Yana dibuatnya.

“Max, you come back here! She’s mine!” Jae Joong menyakat.

“YO! YO!! Where are you going to put Shee?”

U-Know pula, “YAAAAAAA… How about Shee? I’ll take her then if you don’t want her anymore.”

“Jae Joong ahh…Andwe, I’m not going to let you hurt him” Micky pula membantas.

“Chill Man…Chill. Shee, forever will be mine. Korang ni ambik serius lah pulak. Aku saja jer..tapikan YunHo, kalau kau ambik Shee.. Hurul nak letak kat mana?” tanya Jae Joong pula.

Alamak! Diaorang ni cerita apa?

“Yorobun, kemanhe!” dan lelaki bertopi dan berkaca mata hitam di hadapan Yana bersuara. Membuatkan Yana berfikir lagi. Suara serak-serak basah itu betul-betul mengingatkan dia pada seseorang. But fikirannya serabut sangat sekarang untuk figure out siapa. (Author’s Note: aigooo, Yana oh Yana~ betul ke kau ni peminat DBSK? hehehehehe :p )

“Oh-oh, dia dah marah dah. I will talk to you later, Yana-sshi. Tak jadi tukar tempat duduk arrr.. have to go back there. Isikan saf kosong..keke” Max kembali ke tempat duduk asal.

Encik Iskandar hanya mampu ketawa. Dia memang tidak mampu melarang lagi perangai kebudak-budakan penyanyi terkenal Asia ni. Tambahan lagi, mereka semua ni dalam lingkungan umur yang sama. Kesemua mereka ini dianggap macam anak mereka sendiri sudah.

“So can we start now?” tanya Xiah pada Encik Iskandar. Tidak sabar rasanya dia ingin mendengar hujah

“No, not yet. We have to wait for another one person to come”

“Nugu?” tanya mereka beramai.

“Let’s see. Dia kata dia on the way”

Ada something yang menerpa di benak fikiran Yana. Satu soalan. Dia curious sangat. Bagaimana bebudak DBSK ni boleh berbicara Bahasa Malaysia eyhh??

Berkerut-kerut dahi Yana cuba memikirkan dan memandang setiap seorang dari mereka apabila mereka berbicara.

“Yana, gwenchana?”

“Ok tak? Nervous ke?” tanya Encik Iskandar concern.

“Tak, tak nervous. It’s just that saya hairan bagaimana mereka semua ini boleh berbicara bahasa Melayu? Bahasa kita pula tu?”

“Panjang ceritanya Yana. It is still confidential. Pihak media belum tahu perkara sebenar.”

“Maksud encik?” tanya Yana curious.

“Do you promise not to tell anyone?” tanya Max pada Yana.

“I promise” Yana mengangkat tangannya.

“Urmm.. YunHo’s fiancee is a Malaysian”

“MWUHHHHHHHHHHHHHHH????”

“And-, my fiancee is a Bruneian” sambung Jae Joong pula.

“HONTTO NI????” hampir pengsan Yana mendengarnya.

“Korang tak main-main ke ni?”

“Nope” jawab Jae Joong dengan Yun Ho serentak.

Max, Xiah, Micky dan Encik Iskandar tertawa.

“Encik, betul ke ni?” tanya Yana lagi pada Encik Iskandar meminta kepastian.

Yana mengengsot sedikit dekat Encik Iskandar dan berbisik, “bermakna.. agama mereka?”

Encik Iskandar menganggukkan kepalanya dan mengenyitkan matanya pada Yana. ‘Alhamdulillah,’ Yana bersyukur di dalam hati.

“Yang lain?” tanya Yana lagi. Perbualan kini antara dirinya dengan Encik Iskandar kerana yang lain sudah sibuk bertengkar.

“Nope. Belum lagi or tak akan, saya tak tahu. Biarlah takdir menentukannya” balas Encik Iskandar. “Puas hati sekarang?”

Yana mengangguk perlahan. “Thank you, Encik Iskandar. Thank You. You have done the right thing, leading them the right way” puji Yana.

“Taklah Yana. Itulah kuasa cinta. It happened before diaorang masuk Triangle Entertainment lagi. Waktu diaorang masih budding dekat DSP Entertainment.”

“Cheongmaleyo?”

Encik Iskandar menganggukkan kepalanya dan kembali mencek telefon bimbitnya.

“I’d love to meet your fiancees one day, YunHo-sshi and Jae Joong-sshi” kata Yana ramah dan kembali semula pada budak-budak di hadapannya yang sedang rancak bercerita. Entah apa yang mereka bualkan, susah sangat untuk Yana menangkapnya. Kerana mereka sedang berbicara dalam bahasa Korea yang begitu pantas.

“Mesti.. you must. And you must meet my aunty-in-law juga” Max si tukang kata membalas.

“And Ashie-unnie too!” Micky mencelah.

“Siapa mereka tu?”

“Nantilah.. one day.. kami akan pertemukan juga awak dengan mereka semua. Asalkan awak berjanji tidak membocorkan rahsia ini. Things will be fine” kata Encik Iskandar.

“Betul betul betul” kata mereka serentak seperti karakter dalam animasi Upin dan Ipin. Lawak sungguh! Nampaknya mereka sudah tengok animasi itu. Hehehe!

Terer betul gak. Di mana lah aku agaknya time tu ye? Apsal tak tahu menahu tentang gosip ni? Pandai sungguh bebudak DBSK ini menyimpan rahsia mereka sehingga tidak dapat dihidu oleh pihak Media. Well, Yana tahu yang YunHo memang ada girlfriend coz dia ada buat pengumuman secara tak langsung last time dekat CNN..urmm.. last year kot.. or was it last two years? Tak ingat lah. But- all fans fikir semua tu tak benar. Coz after that, tak ada khabar langsung pun!
Identiti siapa yang dimaksudkan pun tidak diketahui. And now, she knows. Dia betul-betul tak percaya.

“Eh mana dia ni?”

Dan-

Satu ketukan halus di pintu menyapa. Semua orang terdiam.

“Masuk”

“WOAH! DUDE! What’s up?” Jae Joong terus berdiri dari kerusinya memberi pelukan mesra pada orang yang dinanti kehadirannya.

—————————————————————————————————————————————————-

1) Hmm..so, siapa agak-agaknya ye???? Guess! Guess! hahahaha.

2) For sesiapa yang ingin tahu kisah YunHo dan JaeJoong, sila-sila lah jenguk “Projek Angan Tak Sudah“.

Cinta File Pink [2]

Hari Isnin pun tiba. Yana datang awal dua jam ke pejabat. Semangat betul dia. Fail berwarna pink mengandungi report video yang diarahkan oleh Encik Iskandar diraih ke pelukannya apabila dia menyambut Mochiatto dari gerai kopi kecil di hadapan pejabat itu. ‘Kamsahamnida,’ Yana mengucapkan Terima Kasih kepada si penjual.

Kerana terlalu sibuk meniup kopi panas itu, Yana tidak menoleh kiri dan kanan apabila dia ingin menyeberang jalan dan tiba-tiba…

SCREEEEEECCCHHHHHH!

Bunyi panjang tekanan brek kereta membuatkannya terkejut dan cawan kopinya terhumban ke arah kereta sport merah tidak beratap itu. Dan lebih teruk lagi, kopi panas itu terkena bahu si empunya kereta.

‘AWWW! AWW! PANASS!’ Suara serak-serak basah itu berteriak. Dan Yana hanya terpaku sedia untuk dimarahi. Yana lantas menuju ke kereta itu dan meminta maaf pada lelaki yang bertopi putih dan berkaca mata hitam. Lagak seorang artis.

‘Ma-maafkan saya, encik! Saya tak sengaja’

‘Awak buta ke? Tak nampak ke kereta nak lalu?’

‘Saya tak sedar encik’

‘Awak tuli lah tu’

‘Tak lah tuli. Tapi kurang pendengaran sikit’ berani pulak Yana menjawab. Ni lah kehebatan Yana. Dia suka sangat loyar buruk. Dan kekadang tu loyar buruk Yana sungguh tidak kena pada tempatnya. Seperti insiden ini.

‘Menjawab lah pulak. Dasar perempuan’ kata lelaki itu geram dan terus menekan pedal minyak keretanya memecut laju.

‘Ewahh! Ewahh~ baru kena sikit dah nak heboh semacam. Habis lah kopi aku. Tak sempat pun aku nak menghirup,’ rungut Yana dan mengutip fail berwarna pink nya yang terjatuh di tengah jalan. Kereta je cantik.. tapi perangai hampreh!

‘Nak, ini kopi untuk anak. Kesian anak dimarahi Encik Junsu. Dia memang macam tu. Anak janganlah ambil hati,’ tetiba makcik berjual kopi tadi menyapanya dan menghulurkan lagi secawan kopi padanya.

‘Kamsahamnida makcik. Kejap ye..’ Yana mengeluarkan beg duit nya.

‘Tak pe nak, yang ni makcik bagi free. Kesian anak. Nanti terlewat pulak pergi mesyuarat. Kalau ada masa lapang, anak datanglah berbual-bual dekat sini ye,’balas makcik itu sebelum berlalu setelah huluran kopinya disambut.

‘Junsu. Hampehnya nama! Sesuai lah tu untuk badan macam pusu. Cikeding!’ geram Yana masih bersisa dan dia menghayunkan langkah menuju ke bangunan tempatnya bekerja. ‘Nama dia sama macam Xiah. Tumpang glamer lah tu. Tapi Xiah tak macam ni. Xiah budak baik. Xiah ayu. Tak lah kasar macam lelaki tadi tu. Gila apa..pagi-pagi lagi dah marah. Kalau mak nampak, habislah lelaki tu kena fire. Mak kata tak baik marah-marah pepagi buta, rezeki tak masuk. Tapi rezeki dia masuk. Dia dapat kopi aku pun tadi’ omelan Yana tidak berhenti sampai lah dia berada di hadapan lif.

Yana menekan butang lif untuk naik ke tingkat 7 tempat ofis Encik Zulkarnain.

‘Awalnya cik Yana hari ni,’ tegur penyambut tetamu yang belum diketahui namanya itu. ‘Encik Iskandar belum tiba lagi’

‘Hmm, takpelah. Saya memang sengaja awal. Semangat. Ni kan hari pertama saya masuk ofis. By the way, siapa nama?’ tanya Yana ramah pada si penyambut tetamu.

‘Ahh..can call me Jane’

‘Korean name?’

‘Park Jee Eun’

‘Ahh.. I see. Chonun Liyana imnida. You can call me Yana for short’

‘Nice to meet you, cik Yana’

‘Alaa.. tak perlu lah bercik-cik, tak biasa lah. Kita kan satu umur kan? I bet’

‘I’m 22 and you?’ tanya Yana lagi.

‘I’m also 22. But I can’t call you by name. Itu aturan syarikat ni.’ Jane tersenyum manis. Encik Iskandar betul-betul menerapkan budi bahasa orang Melayu walaupun di kalangan pekerja-pekerjanya. Cantik pula gadis ni. Sekali tengok macam Kim Ha Neul pun ada jugak. hikhikhik. A’ah ye lah tu Yana.. semualah macam artis di mata Yana. Memang sah, gila Korea betul aku nih! Yana tertawa sendiri.

‘Kenapa Cik Yana tersenyum sengsorang nih?’

‘Oh, tak de apa-apa. It’s just that your face reminds me of an actress’

‘Nugu?’

‘Kim Ha Neul’

‘Haha.. Jane dah agak dah. Well untuk pengetahuan cik Yana, Kim Ha Neul tu – she is my aunt’

‘Omo~~~’ dan Jane mengiakan.

Dan-

‘Anyeong Jane. Encik Iskandar dah sampai ke?’ tiba-tiba suara yang familiar di telinga Yana menyapa.

‘Anyeong Junsu-sshi. Dia belum sampai lagi.’ Yana menoleh pantas untuk memastikan yang empunya suara. Alamak! Lelaki tadi lah. Dan perlahan-lahan dia bergerak ke sisi. ‘I nak pergi toilet sekejap’ bila Yana terlihat kerutan di dahi Jane. Gentar pulak Yana.

Setelah Yana berlalu,

‘Siapa tu?’ tanya Xiah Junsu. Yes, lelaki itu adalah Xiah Junsu. Yana sungguh bertuah kerana xiah tidak sempat melihat wajahnya sewaktu dia bergerak ke sisi. Kalau tak habis lah.

‘Oh..she’s our new STA’ balas Jane ramah. ‘Junsu-sshi, apa kena dengan baju encik tu? Kotornya’ tegur Jane bila melihat baju Xiah yang ada kotoran berwarna coklat seperti membentuk peta Australia.
(STA: Studio Technical Assistant)

‘Ha! Ni lah.. geram betul aku dengan perempuan tadi. Ada ke patut dia tak tengok kiri kanan bila nak menyeberang jalan. Dan bila aku brek mengejut, kopi yang dipegangnya terhumban to my side. Terkena aku pulak tu. Heeshhh.. nanti..kalau aku jumpa dia. Aku nak suruh dia cuci baju ni!’

Tergelak Jane mendengar rungutan member DBSK yang satu ni. ‘Macam mana Encik nak cari dia?’

‘Because aku ada instinct yang dia kerja kat sini. Tapi tak tau bahagian mana pulak. Cause I saw her on the way nak masuk bangunan kita ni tadi’

‘Oh really?’

‘Hmmm..this file! Siapa punya ni?’ tegur Xiah apabila terlihat satu fail pink terletak di hadapannya. Fail bertulis confidential itu dibeleknya.

‘Oh, nampaknya dia tertinggal. Cik Yana yang punya. Our new STA yang tadi tu. Kenapa?’ Jane bertanya hairan.

‘She’s that girl!! SHE IS THAT GIRL!!!! I TOLD YOU! MY INSTICNT IS RIGHT!!!’

‘Mwuhh?’

‘Ye~ aku cam fail ni! Waktu dia minta maaf dengan aku, dia pegang fail ni tadi!!! Where did she go now?’ di sebalik kaca mata hitamnya, bebola mata Xiah melilau mencari kelibat Yana.

‘She said she’s going to the toilet’ terketar-ketar Jane tiba-tiba. ‘Heesh..kenapalah aku celupar sangat ni?’ terdetik rasa bersalah dan kasihan Jane pada Cik Yana. Dia faham dan dia mengerti. Xiah, kalau dia dah marah.. tak ada siapa nak kawal.

‘Encik nak ke mana tu?’

‘To the ladies’

‘Buat apa?’

‘Aku nak balas dendam!’ Dan terus Xiah berlalu. Dan Jane hanya mampu berharap agar Cik Yana tidak diapa-apakan.

Di ladies,

Yana masih lagi menghadap ce rmin di tandas. Dia takut nak keluar. Di fikirannya sudah membayangkan macam-macam. Dia terbayang dirinya seperti Geum Jan Di di dalam Kkotboda Namja. Agak-agaknya Ji Hoo sunbae akan datang tak selamatkan aku jika lelaki itu membuli aku? Tapi kalau dia tanya aku macam mana nak buat pancake? Apa aku nak jawab.. aku tau tau pun macam mana. Cara makan pancake aku tau lahh.. Yana mula berangan-angan. Best gak kalau dapat jumpa dengan Ji Hoo sunbae kaaan.. alalaaa~ tapi mustahil kan, kan diaorang waktu ni tengah Asia Tour.

Yana memerhati jam di tangannya. ‘Alamak, 15 minit sebelum pukul 9. Agak-agaknya Encik Iskandar dah sampai kot’ Yana bersiap sedia sambil mengurut dadanya khuatir dia terserempak dengan lelaki ganas itu.

‘Lama nya dia kat dalam tu’ Xiah juga memerhatikan jam. Sudah 30 minit dia menunggu kelibat gadis itu. ‘Betul ker Jane ni beritahu aku? Ataupun perempuan tu dah menyusup keluar. Tapi bila? Aku dah berdiri kat sini sejak tadi. Tak ada pun. Lagipun makcik pencuci tu kata, memang ada seorang perempuan kat dalam tu,’ Xiah ada bertanya pada makcik pencuci sejurus selepas dia tiba di depan tandas itu dan ternampak makcik pencuci itu keluar. Sebagaimana yang digambarkan oleh mak cik itu, memang itu lah gadis yang dicarinya.

‘Nasib baik lah aku pakai macam ni. Taklah aku malu,’ xiah berpura-pura bermain dengan iPHONE nya sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding, masih menunggu gadis itu.

Yana sudah bersiap sedia untuk keluar. Puh Kanan! Puh Kiri! Dan membuka pintu tandas perlahan. Di lihatnya di hadapan, tidak ada orang. Di lihatnya di kirinya, tiada. Di lihatnya di kanan..

‘ALAMAK!’

‘HAAAA.. TU PUN KAU!’

‘A-a-awak na-nak a-apa? K-k-an s-saya dah m-m-m-minta m-m-m-a-af?’ gugup Yana menjawab. Gentar. Hampir nak terkucil Yana dibuatnya.

‘Aku nak…’

‘Anyeong Junsu. Selamat Pagi Yana. Eh korang berdua dah berkenalan ke? Buat apa kat sini?’ Encik Iskandar Zulkarnain yang baru keluar dari pantry menyapa.

“Annyeong Sam-chon”

“Assalammualaikum. Selamat Pagi Encik Iskandar” ramah Yana memberi salam. Cuba mengambil point lah jugak. Encik Iskandar tersenyum dan menjawab salamnya perlahan.

‘TERIMA KASIH ENCIK ISKANDAR! You are really my knight in shining armour!’ desis hati Yana lega. Dan dilihatnya lelaki bernama Junsu hanya mengetap geram.

“Okay, let’s go to the office now. We will have a meeting soon at half past 9”

Dan Encik Iskandar memeluk bahu lelaki bernama Xiah dan Yana hanya membontoti dari belakang. Di fikiran Yana, masih ligat berfikir. Baru sebentar tadi telinga nya menangkap lelaki itu memanggil Encik Iskandar sebagai Sam-chon. Sam-chon tu bukan kah ertinya bapa saudara? Bapa saudara tu bahasa Inggerisnya Uncle kan? Alamak! Bermakna.. ayeeeeyy…. anak buah Encik Iskandar ke? Ini tak boleh jadi ni.. macam mana aku nak kerja kalau macam ni? Aigooo.. Yana seperti sudah nampak sebiji batu besar ingin berguling menghempapnya..

‘Harap-harapnya dia datang lawat Encik Iskandar je. Tapi.. dia ikut meeting kan? Meaning..he is really of someone important then. Alamaakk.. habis lahh akuuu’ Yana mula menggelabah.

Setibanya di hadapan penyambut tetamu, Jane terus menanyakan perihal Yana. ‘Cik Yana okay ke? Maafkan saya. Saya yang beritahu kat Encik Junsu tadi yang Cik Yana pergi tandas. Saya tersasul. Dia nampak marah sangat,’ Jane berbisik.

‘Takpe Jane. No worries. I’m fine. Ok lah, mana fail saya? saya tertinggal tadi kan,’

‘The file which has led you to disaster’ Jane menyerahkan fail pink Yana yang tertinggal. Ya, kerana fail itu lah Yana dalam bahaya. ‘Tapi takkan lah cik Yana tak kenal siapa Encik Xiah lagi? Oh well.. dia dah pakai macam tu. Siapalah nak kenal’ Jane menggaru kepalanya yang tidak gatal.

‘Saya pergi dulu ye. Nanti keluar lagi api dari mulut naga tu. By the way apa pangkat lelaki tu kat sini?’ tanya Yana pada Jane.

‘He is one of the executive director of Triangle Marketing’

‘Really?’

Jane menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

‘Alamak, habislah aku kali ni,’ Yana menepuk dahinya.

‘Jane, can you ask Yana to come in?’ satu suara memecah masuk dari interkom yang terletak di sebelah Jane. Ketawa Yana dan Jane meletus.

‘O…O…Bos dah panggil dah. Cik Yana masuklah,’ arah Jane sambil menekan butang interkom dan membalas, ‘Yes. She will be there in second’

‘Conference Room, the first door on the left. Fighting, cik Yana’ Jane meniupkan kata semangat dalam dirinya Yana sebelum Yana berlalu.

‘Kamsahamnida’ balasnya dan terus berlalu ke conference room yang dimaksudkan.

Cinta File Pink [1]

‘Yana, belum bangun lagi ke?’ terdengar suara Hajah Zaiton memecah gegendang telinga Yana diiringi dengan ketukan bertalu-talu di pintu bilik Yana. Yana menggeliat perlahan dan menjawab ibunya malas, ‘5 minit, mak!’ dan terus menarik semula selimutnya dan menyelubungi dirinya. Belum pun lama selepas dia menyelubungi dirinya dengan selimut, terasa selimut nya ditarik.

‘Dah! Dah! Tak ada 5 minit hari ni! Kan hari ni Yana ada interview kan?’ tanya Hajah Zaiton semula dan menyingkap tirai dan cahaya matahari terang menyinari bilik Yana.

‘Tak perlu datang lah ma.. gerenti tak dapat pun! Masuk yang ni, will be the 7th one. Tak nak lah~’ Yana memisat-misat matanya.

‘Cuba ajelah Yana..mana tau ini rezeki Yana.’

‘Balik-balik tu jer lah cakap mak, tapi tak jugak bukaknya pintu rezeki Yana ni mak,’ rungut Yana.

‘Astaghfirullah Yana! Always keep the faith Yana,’ ujar Hajah Zaiton dan terus berlalu meninggalkan Yana terkulat-kulat masih di atas katilnya. ‘Aiks! Bila masa mak aku pandai speaking orang putih ni?’ getus hati Yana sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siap pandai cakap motto Micky YooChun pulak tu! Eh korang tak kenal ke siapa Micky YooChun? Laaa.. dia tu salah seorang dari member DBSK lah.. alaaa~ dia tak hensem tapi dia sweet gak bila dia nangis. DBSK tu kumpulan pebret Yana puuun!

Yana bongkar pantas dari katilnya dan terus mencapai tualanya dan berlalu ke bilik mandi, ‘tak pe lah hari ni aku cuba. kalau tak dapat jugak, this is going to be my last. Aku nak balik Malaysia. Who knows kat Malaysia senang sikit cari kerja. Haihs! susahnye.. ada degree salah, tak de degree salah’

Selesainya bersiap, Yana terus turun ke bawah untuk bersarapan bersama kedua orang tuanya.

‘Annyeong mak, Annyeong ayah!’ Yana terus menyalam tangan kedua ayah dan ibunya.

‘Hah, Yana. Pagi~ praktis Hangul pagi-pagi ni dah sedia ke nak pi interview nih?’ tanya ayahnya, Haji Ibrahim.

‘Dah ayah.’ konfiden saja Yana menjawab padahal sedikit langsung pun dia tidak membuat persiapan untuk temuduga kerja hari ini. Yana sudah berputus asa sebenarnya. Ke sana ke mari, dia gagal mendapatkan jawatan dengan Degree in Multimedia nya itu.

‘Kat mana hari ni?’ tanya Haji Ibrahim lagi sambil menunggu Hajah Zaiton selesai menyapu jem pada roti paunnya.

‘Triangle Entertainment, yah’ penuh mulut Yana menjawab soalan ayahnya.

‘Heesh..Yana! Cuba makan tu senonoh sikit. Tengok tu dah berterabur!’ menggeleng-geleng Hajah Zaiton melihat cara satu-satunya anak kesayangannya itu.

Yana pantas menelan cebisan roti paun yang digigitnya dan membalas, ‘Bukan Yana lah mak. Ayah tu yang tanya Yana waktu Yana makan..’

Hajah Zaiton menggeleng melihat perangai anaknya yang tidak lama lagi akan mencecah 23 tahun.

‘Triangle Entertainment tu kat siapa?’ tanya Haji Ibrahim lagi.

‘Ntah’ Yana mengangkat bahunya. Dia masih sibuk menikmati roti paun berintikan Nutella kegemarannya itu.

‘Laaa..budak ni! Haru betul lah! Takkan tempat nak interview tak tau?’ bentak ayahnya lembut.

‘Betul Yana tak tau yah. Yang Yana tau syarikat tu salah satu syarikat entertainment terbesar kat Korea ni.Kan syarikat tu yang mengeluarkan kumpulan DBSK..heeee…’ tersengih Yana bila menyebut kumpulan kegemarannya itu.

Melepas ketawa Hajah Zaiton mendengar jawapan anaknya itu pada suaminya.

‘Budak ni..kalau tak disebut nama kumpulan tu dalam sehari tu, tak boleh hidup ke Yana? Bukan itu lah yang ayah nak tau Yana’ Haji Ibrahim menyirup teh nya perlahan. Dia maklum akan minat anak gadisnya ini.

‘Dah tu?’ bengang Yana bertanya. Dalam hati Yana menjawab, ‘memang tak boleh hidup ayahanda. Mereka tu bagaikan oksigen dalam hidup anakanda mu ini.’

‘Yang ayah nak tau, apa kerja yang Yana pohonkan kat Triangle Entertainment tu?’

‘Tak tau.’

‘Maksud Yana?’

‘Betul Yana tak tau. Hari tu Yana shopping kat Seoul. Pas tu ada satu mamat nih dia pass flyer. Flyer tu kata, ‘ingin mendapat $5,000 sebulan? dan pergi melancong? Sila hantar CV kat Triangle Entertainment’ something like that lah,’

‘LOH! Kerja apa tu Yana?’ tanya Hajah Zaiton. 5 ribu sebulan! Banyak tu!

‘Dah tu Yana hantar CV macam tu je?’ tanya Haji Ibrahim lagi tidak berpuas hati. Bukan apa Haji Ibrahim sebenarnya khuatir jika anaknya ini akan mendapat kerja yang tidak selaras dengan keputusannya. Disuruh bekerja di syarikatnya, Yana tidak mahu. Katanya dia ingin berdikari dan mendapat pengalaman luar dulu sebelum dia bekerja dengan ayahnya.

Yana mengangguk-angguk menjawab soalan ayahnya dan menyambung, ‘harap2nya dapat lah Yah. Doakan Yana ye. Kalau jadi tukang buat kopi pun takpe’

Tersembur teh yang diminum Haji Ibrahim. ‘Abang, okay ke?’ tanya Hajah Zaitun. ‘Yana!’ geram ibunya menegur dan Yana pula sudah ketawa terkekek-kekek.

‘Kalau macam tu baik tak payah kerja, Yana. Duk je kat rumah tolong mak kamu ni.’ balas Haji Ibrahim serius.

‘Lah, ayah ni. Yana gurau jer lah! Tapi yah, Yana betul2 tak sedia lah nak kerja dengan ayah. Kalau tak dapat yang ni jugak, izinkan Yana balik Malaysia yek? Yana try luck kat sana pulak. Who knows boleh work dengan Uncle David or Uncle Yusof ke, kan diaorang tu kawan baik ayah kan?’ ujar Yana merefer pada kawan baik ayahnya yang juga penerbit dan pengarah terkenal Malaysia iaitu David Teoh dan Yusof Haslim.

‘Aiks! Kerja dengan diaorang nak? Kerja dengan ayah tak nak?’ tanya Haji Ibrahim lagi tak puas dengan jawapan anaknya itu.

‘Ala, syarikat ayah tak best lah. Asyik nak deal dengan anime-anime macam tu. Yana nak jugak involved dalam buat video klip ker filem ker apa ker’

‘Andwe, you cannot go back’

‘So, then Yana ambik kerja tukang sapu jer lah yek. Kot-kot kalau kat Triangle Entertainment tu boleh jugak Yana usha-usha kerja teknikal kat sana tu. Then boleh pass resipi diaorang kat ayah. Amacam brilliant tak idea Yana?’

‘Yana~ Yana~ sepatah disoal, sepuluh dijawabnya. Up to you lah.. ayah dah tak mampu lagi nak larang,’ akhirnya Haji Ibrahim akur, malas hendak bertekak dengan anak kesayangannya itu.

‘Betul ke Yana nak kerja jadi tukang sapu ni?’ tanya Hajah Zaiton pula risau jika apa yang dikatakan itu benar.

‘Takdelah mak..tapi I do hope diaorang ada kerja yang sesuai untuk Yana. Takpun Yana just tackle lah member-member kerepot kat sana tu, untuk jadi sugar daddy Yana’ mengekek lagi Yana menyakat ibunya.

‘ABANG! Cuba tengok anak abang tu! Kalau macam ni, kita hantar lah Yana ni balik KL bang. Tak payah nak sibuk minta kerja si Yusof tu. Gerenti Yusof pun kira okay jugak. Kalau tak silap Ton, isteri dia kata jawatan untuk menantu tunggal belum terisi. Amacam abang setuju tak? Kita kahwinkan je dia ni dengan Shamsul’

‘ANDWEEEE!! NO, NO, NOT SHAMSUL!! TIDAAAKKKKK!!’ Yana menekup telinganya tidak ingin ibunya meneruskan percakapannya ini dan dia terus mengetuk-ngetuk meja makan kayu rosewood itu. ‘Touch Wood! Touch Wood!’

Meledak ketawa Haji Ibrahim. Betul-betul nampaknya Yana tidak ingin dikahwinkan dengan anak kawan baiknya, Shamsul Yusof itu.

‘Bagus juga idea Ton tu. Abang setuju je…’

‘NOOOOOOOOOOO!! AYAAHHH! NOOOO IBUUU!! YANA TAK NAKKKK’ nyaring teriak Yana memecah rumah dua tingkat itu.

”Ha, kalau macam tu..cari calon yang elok!’

“I will, I will” laju saja Yana setuju dengan cadangan mamanya untuknya mencari calon yang lain. Dia betul-betul tidak ingin dikahwinkan dengan anak Uncle Yusof nya itu walaupun dia ingin sangat untuk bekerja under pengarah terkenal, Encik Yusof Haslim itu.

”Orang Korea jugak boleh ke?’

‘Asal kan dia tak kerepot, dan baik budi bahasa dan nak terima Yana seadanya, mak okay je. Betul kan bang?’ jelas Hajah Zaiton dan meminta Haji Ibrahim untuk menyokongnya.

Haji Ibrahim mengangguk-angguk dan menambah, ‘and- of course, dia tak takut nak berkhatan!’ Haji Ibrahim menyakat anaknya mengingaktan Yana kembali pada bekas kekasih anaknya yang berasal dari Scotland yang meninggalkannya kerana tidak mahu masuk Islam kerana takut hendak berkhatan.

AYAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

************

So, teman-teman.. itu lah Yana. Nama sebenar dia Liyana Haji Ibrahim. Berumur 22 tahun. Berkelulusan ijazah sarjana muda major in Multimedia and minor in Human Resource dari Universiti of Seoul. Seorang penganggur bertauliah yang tidak ingin bekerja dengan ayahnya. Dan seorang peminat tegar kumpulan terbesar Asia, DBSK. Bak kata nya, ‘DBSK is my oxygen’. Dan sekarang dia berada di hadapan bangunan yang telah melahirkan superstar nombor 1 Asia itu, bangunan Triangle Entertainment yang berbentuk piramid – unik sungguh struktur bangunan itu.  Iyalah kan dah nama syarikat tu syarikat segi tiga kan?

Yana mengesat peluhnya. Meskipun dia anak tunggal, tapi dia bukannya jenis yang ingin dimanjai. Pandai berdikari. Dan dia sebenarnya baru selesai berlari maraton dari stesen keretapi ekspres bawah tanah kerana dikhuatiri terlambat menghadiri temuduganya. Oh, and yes! A little bit of information – she’s a bit clumsy too.

Yana terus masuk ke dalam bangunan 7 tingkat yang diterokai oleh Triangle Entertainment.  Sesampai di Tingkat 7, Yana terus menuju ke reception.

‘Good morning.’

‘Good morning, miss. How can I help you?’ tersenyum ramah penyambut tetamu wanita berbangsa Korea itu.

‘I’m here for an interview.’

‘Ah I see, Yana-sshi?’

‘Ye~’

‘Please sit here for a while and fill in this form. I will call you when the boss is ready’ penyambut tetamu itu menghulurkan sekeping borang untuk Yana isi.

‘Aiks! Borang apa ni?’ berkerut dahi Yana bila dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk berwarna hitam itu.

Bengang betul Yana melihat soalan pada borang itu. ‘Miss, are you giving me the right form?’ tanya Yana lagi.

‘Ye~’

Aiks! Ganjil.

Nak tau tak, apa?

Name: Liyana Haji Ibrahim
D.O.B: 16 Oktober
Age: 22
1. Do you have any favourite artist from Triangle Entertainment: YES or NO.
If your answer is YES, please proceed to Question 2. If your answer is NO, please proceed to Question 4.

2. Who is your favourite artist in Triangle Entertainment? Please tick one.
DBSK
– Wonder Girls
– SNSD
– Shinee
– 2NE1
– Super Junior

3. Do you have any favourite member in the artist? Please write down his/her name in Hangul.   김준수

4. Who is your favourite artist from the other entertainment? Name the group and their company.

5. What do you like about the artist that you stated above?
– Songs
– Looks
All of the above

6. Why do you want to apply a job position in this company? Please state in not more than 25 words.

wahaha. apa punya soalan lah no. 6 ni? eh betul ker borang ini? sungguh tak logik. ‘aku jawab main-main lah’ Yana ketawa sendiri. Dan tangannya ligat menulis jawapan untuk soalan no. 6.

‘To meet the love of my life, Xiah Junsu’

‘Dah siap?’ tanya si penyambut tetamu yang begitu hairan kenapa Yana mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab enam soalan pada borang itu.

‘Dah!’ Yana mengunjukkan borang itu pada penyambut tetamu itu.

‘Ok, You can go in now. Just go straight ahead and the last door on the left,’ terang penyambut tetamu itu lagi.

‘Kamsahamnida’ dan Yana terus meluru masuk melalui pintu besar yang automatik itu. Wah! Canggih betul tempat ni!

***

Knock! Knock!

Yana mengetuk pintu bilik yang dimaksudkan penyambut tetamu tadi.

‘Masuk!’

‘Aiks. Pandai cakap Melayu. Orang Malaysia ke?’ desis hati Yana dan terus memulas tombol pintu bilik berkenaan.

‘Selamat Datang, cik Yana. Silakan duduk’

‘err..Terima Kasih’ gugup Yana dan mengambil tempat di hadapan seorang lelaki berumur yang cukup segak. Ada sikit iras-iras Kwon Sang Woo gitu. Tapi takkan lah dia, fasih pulak berbahasa Melayu.

‘So, cik Liyana? or Puan?’

‘Cik’ jawab Yana perlahan.

‘Bagus. Itu yang kita nak’

‘Alamak ni dah lebih ni. Ulat daun dah naik ke bulu dah~’ bisik hati Yana.

‘Cik Yana jangan salah faham. Takde nak usha-usha. I sendiri pun dah kahwin. I orang Malaysia. Asal Kuala Lumpur. And moving permanently here since I kahwin ngan orang sini jugak,’ terang Encik Iskandar Zulkarnain.

‘Ooooo…’ eh! siapa yang kena interview ni sebenarnya? dia ke aku?

‘Mianhe. Maafkan saya, melalut pulak. Sepatutnya cik yang ditemuduga kan?’

Wah! Boleh baca fikiran ke apa Encik Iskandar ni.. Yana masih lagi awkward sebenarnya dengan keramahan Encik Iskandar yang tidak disangka.

‘Ok lah. Cik Yana, tak perlu segan. Kita sama-sama orang Malaysia kan?’ tanya Encik Iskandar bila melihat Yana yang masih kurang selesa. Dan akhirnya Yana pun mengukirkan senyuman.

‘I am impressed with your CV. Based on this, I am giving you the job as Studio Technical Assistant? Is it okay?’

‘Ohmo~ really? Betul ker ni Encik? Saya dah dapat ke kerja ni?’

‘Betul lah tu. Tak kan saya nak tipu kot.’

‘Wah! Tak sangka betul lah. Ingatkan tadi dah ready dah ni nak jadi Tukang Buat Kopi’ Yana pun pula sudah loosening it out bila menyedari akan keramahan Encik Iskandar yang boleh dibuat kawan ini.

‘Well, Cik Yana, apparently that’s part of your job also.’

‘Eyh??’

‘Yes. Bila ada artis2 kat sini datang recording kat studio kita, then you are going to make them drinks’

‘Nande?’ terkejut gak Yana mendengar jawapan Encik Iskandar. Tapi muka Encik Iskandar sungguh serius.

‘Pandai berbahasa Jepun pulak. Bagus. This is what I want in my staff. Multi-lingual. Senang sikit hantar bersama-sama ngan artis bila diaorang pergi buat video klip kat luar negeri kat mana ke’

‘Hontto ni??’ teruja sungguh Yana mendengarnya. ‘Wah..spending times with Xiah~~’ Yana mula memasang angan-angan bila dia travel dengan bebudak DBSK untuk shooting video clip diaorang. Wooo~

‘Berangan yek?’ sergah Encik Iskandar bila dilihatnya Yana sudah memandang ke hadapannya menembusi matanya ke belakang dinding.

‘Opocot..Xiah.. bila boleh kerja?’

‘Eh..Xiah mana pulak ni? Xiah DBSK ke? Kerja mulai hari Isnin next week. I bagi you masa untuk buat persediaan. Hari Isnin mesyuarat. Balik rumah, I nak you sediakan satu report untuk apa yang patut diperbaiki tentang video klip Deja Vu kumpulan SS501. Buat penelitian atas video itu.’ terang Encik Iskandar serius.

‘Baik Encik’ dan Yana mula berdiri. ‘Terima kasih banyak-banyak Encik’

‘Sama-sama’ dan Yana terus berlalu. Encik Iskandar pula tersenyum senang. Sungguh dia tidak sangka akan mendapat seorang pekerja bumiputra di pejabatnya yang sememangnya berkebolehan. Walaupun Yana nampak clumsy, tapi Encik Iskandar senang. Sejak menerima borang permohonan dari gadis ini, dia telah menghentikan anak buahnya dari menghantar flyer-flyer jawatan kosong. Sebenarnya bukan apa, memang dia nak cari tukang buat kopi untuk artis-artis tu. Tapi sayang jugak, gadis itu ada kelulusan. So dia telah pun mencipta satu jawatan untuk gadis itu yang sememangnya diperlukan dengan keadaan artis-artis di bawah syarikat nya ini yang semakin maju. Lagipun dia nak jugak melihat orang Malaysia maju di negeri lain. Haa.. tu lah salah satu misi dia.

Oh well, sebenarnya Triangle Entertainment ni isteri dia yang punya. Alaaaaa- kalau sebut nama dia, gerenti korang kenal. Korang kenal tak ngan Kim Sun Ah? tak kenal, aiyayaya.How about if i say Sam Soon? ha..see.. i saw anggukan among the readers. tu lah isteri Encik Iskandar kita ni… heeehehehehehehhe.. cinta berputik waktu penggambaran drama itu lah. Sebab tu lah no matter how hard the gossips between Hyun Bin ngan Kim Sun Ah melanda, tapi Kim Sun Ah berjaya menepisnya. Because her love is only for him, the one and only Mr. Iskandar Zulkarnain~ chewaahhhh! Lagipun sekarang ni Hyun Bin dah bercinta hangat dengan si Song Hye Gyo kan? kan? kan? Eh! Melarat lah pulak… hehehehehe…