‘Yana, belum bangun lagi ke?’ terdengar suara Hajah Zaiton memecah gegendang telinga Yana diiringi dengan ketukan bertalu-talu di pintu bilik Yana. Yana menggeliat perlahan dan menjawab ibunya malas, ‘5 minit, mak!’ dan terus menarik semula selimutnya dan menyelubungi dirinya. Belum pun lama selepas dia menyelubungi dirinya dengan selimut, terasa selimut nya ditarik.
‘Dah! Dah! Tak ada 5 minit hari ni! Kan hari ni Yana ada interview kan?’ tanya Hajah Zaiton semula dan menyingkap tirai dan cahaya matahari terang menyinari bilik Yana.
‘Tak perlu datang lah ma.. gerenti tak dapat pun! Masuk yang ni, will be the 7th one. Tak nak lah~’ Yana memisat-misat matanya.
‘Cuba ajelah Yana..mana tau ini rezeki Yana.’
‘Balik-balik tu jer lah cakap mak, tapi tak jugak bukaknya pintu rezeki Yana ni mak,’ rungut Yana.
‘Astaghfirullah Yana! Always keep the faith Yana,’ ujar Hajah Zaiton dan terus berlalu meninggalkan Yana terkulat-kulat masih di atas katilnya. ‘Aiks! Bila masa mak aku pandai speaking orang putih ni?’ getus hati Yana sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siap pandai cakap motto Micky YooChun pulak tu! Eh korang tak kenal ke siapa Micky YooChun? Laaa.. dia tu salah seorang dari member DBSK lah.. alaaa~ dia tak hensem tapi dia sweet gak bila dia nangis. DBSK tu kumpulan pebret Yana puuun!
Yana bongkar pantas dari katilnya dan terus mencapai tualanya dan berlalu ke bilik mandi, ‘tak pe lah hari ni aku cuba. kalau tak dapat jugak, this is going to be my last. Aku nak balik Malaysia. Who knows kat Malaysia senang sikit cari kerja. Haihs! susahnye.. ada degree salah, tak de degree salah’
Selesainya bersiap, Yana terus turun ke bawah untuk bersarapan bersama kedua orang tuanya.
‘Annyeong mak, Annyeong ayah!’ Yana terus menyalam tangan kedua ayah dan ibunya.
‘Hah, Yana. Pagi~ praktis Hangul pagi-pagi ni dah sedia ke nak pi interview nih?’ tanya ayahnya, Haji Ibrahim.
‘Dah ayah.’ konfiden saja Yana menjawab padahal sedikit langsung pun dia tidak membuat persiapan untuk temuduga kerja hari ini. Yana sudah berputus asa sebenarnya. Ke sana ke mari, dia gagal mendapatkan jawatan dengan Degree in Multimedia nya itu.
‘Kat mana hari ni?’ tanya Haji Ibrahim lagi sambil menunggu Hajah Zaiton selesai menyapu jem pada roti paunnya.
‘Triangle Entertainment, yah’ penuh mulut Yana menjawab soalan ayahnya.
‘Heesh..Yana! Cuba makan tu senonoh sikit. Tengok tu dah berterabur!’ menggeleng-geleng Hajah Zaiton melihat cara satu-satunya anak kesayangannya itu.
Yana pantas menelan cebisan roti paun yang digigitnya dan membalas, ‘Bukan Yana lah mak. Ayah tu yang tanya Yana waktu Yana makan..’
Hajah Zaiton menggeleng melihat perangai anaknya yang tidak lama lagi akan mencecah 23 tahun.
‘Triangle Entertainment tu kat siapa?’ tanya Haji Ibrahim lagi.
‘Ntah’ Yana mengangkat bahunya. Dia masih sibuk menikmati roti paun berintikan Nutella kegemarannya itu.
‘Laaa..budak ni! Haru betul lah! Takkan tempat nak interview tak tau?’ bentak ayahnya lembut.
‘Betul Yana tak tau yah. Yang Yana tau syarikat tu salah satu syarikat entertainment terbesar kat Korea ni.Kan syarikat tu yang mengeluarkan kumpulan DBSK..heeee…’ tersengih Yana bila menyebut kumpulan kegemarannya itu.
Melepas ketawa Hajah Zaiton mendengar jawapan anaknya itu pada suaminya.
‘Budak ni..kalau tak disebut nama kumpulan tu dalam sehari tu, tak boleh hidup ke Yana? Bukan itu lah yang ayah nak tau Yana’ Haji Ibrahim menyirup teh nya perlahan. Dia maklum akan minat anak gadisnya ini.
‘Dah tu?’ bengang Yana bertanya. Dalam hati Yana menjawab, ‘memang tak boleh hidup ayahanda. Mereka tu bagaikan oksigen dalam hidup anakanda mu ini.’
‘Yang ayah nak tau, apa kerja yang Yana pohonkan kat Triangle Entertainment tu?’
‘Tak tau.’
‘Maksud Yana?’
‘Betul Yana tak tau. Hari tu Yana shopping kat Seoul. Pas tu ada satu mamat nih dia pass flyer. Flyer tu kata, ‘ingin mendapat $5,000 sebulan? dan pergi melancong? Sila hantar CV kat Triangle Entertainment’ something like that lah,’
‘LOH! Kerja apa tu Yana?’ tanya Hajah Zaiton. 5 ribu sebulan! Banyak tu!
‘Dah tu Yana hantar CV macam tu je?’ tanya Haji Ibrahim lagi tidak berpuas hati. Bukan apa Haji Ibrahim sebenarnya khuatir jika anaknya ini akan mendapat kerja yang tidak selaras dengan keputusannya. Disuruh bekerja di syarikatnya, Yana tidak mahu. Katanya dia ingin berdikari dan mendapat pengalaman luar dulu sebelum dia bekerja dengan ayahnya.
Yana mengangguk-angguk menjawab soalan ayahnya dan menyambung, ‘harap2nya dapat lah Yah. Doakan Yana ye. Kalau jadi tukang buat kopi pun takpe’
Tersembur teh yang diminum Haji Ibrahim. ‘Abang, okay ke?’ tanya Hajah Zaitun. ‘Yana!’ geram ibunya menegur dan Yana pula sudah ketawa terkekek-kekek.
‘Kalau macam tu baik tak payah kerja, Yana. Duk je kat rumah tolong mak kamu ni.’ balas Haji Ibrahim serius.
‘Lah, ayah ni. Yana gurau jer lah! Tapi yah, Yana betul2 tak sedia lah nak kerja dengan ayah. Kalau tak dapat yang ni jugak, izinkan Yana balik Malaysia yek? Yana try luck kat sana pulak. Who knows boleh work dengan Uncle David or Uncle Yusof ke, kan diaorang tu kawan baik ayah kan?’ ujar Yana merefer pada kawan baik ayahnya yang juga penerbit dan pengarah terkenal Malaysia iaitu David Teoh dan Yusof Haslim.
‘Aiks! Kerja dengan diaorang nak? Kerja dengan ayah tak nak?’ tanya Haji Ibrahim lagi tak puas dengan jawapan anaknya itu.
‘Ala, syarikat ayah tak best lah. Asyik nak deal dengan anime-anime macam tu. Yana nak jugak involved dalam buat video klip ker filem ker apa ker’
‘Andwe, you cannot go back’
‘So, then Yana ambik kerja tukang sapu jer lah yek. Kot-kot kalau kat Triangle Entertainment tu boleh jugak Yana usha-usha kerja teknikal kat sana tu. Then boleh pass resipi diaorang kat ayah. Amacam brilliant tak idea Yana?’
‘Yana~ Yana~ sepatah disoal, sepuluh dijawabnya. Up to you lah.. ayah dah tak mampu lagi nak larang,’ akhirnya Haji Ibrahim akur, malas hendak bertekak dengan anak kesayangannya itu.
‘Betul ke Yana nak kerja jadi tukang sapu ni?’ tanya Hajah Zaiton pula risau jika apa yang dikatakan itu benar.
‘Takdelah mak..tapi I do hope diaorang ada kerja yang sesuai untuk Yana. Takpun Yana just tackle lah member-member kerepot kat sana tu, untuk jadi sugar daddy Yana’ mengekek lagi Yana menyakat ibunya.
‘ABANG! Cuba tengok anak abang tu! Kalau macam ni, kita hantar lah Yana ni balik KL bang. Tak payah nak sibuk minta kerja si Yusof tu. Gerenti Yusof pun kira okay jugak. Kalau tak silap Ton, isteri dia kata jawatan untuk menantu tunggal belum terisi. Amacam abang setuju tak? Kita kahwinkan je dia ni dengan Shamsul’
‘ANDWEEEE!! NO, NO, NOT SHAMSUL!! TIDAAAKKKKK!!’ Yana menekup telinganya tidak ingin ibunya meneruskan percakapannya ini dan dia terus mengetuk-ngetuk meja makan kayu rosewood itu. ‘Touch Wood! Touch Wood!’
Meledak ketawa Haji Ibrahim. Betul-betul nampaknya Yana tidak ingin dikahwinkan dengan anak kawan baiknya, Shamsul Yusof itu.
‘Bagus juga idea Ton tu. Abang setuju je…’
‘NOOOOOOOOOOO!! AYAAHHH! NOOOO IBUUU!! YANA TAK NAKKKK’ nyaring teriak Yana memecah rumah dua tingkat itu.
”Ha, kalau macam tu..cari calon yang elok!’
“I will, I will” laju saja Yana setuju dengan cadangan mamanya untuknya mencari calon yang lain. Dia betul-betul tidak ingin dikahwinkan dengan anak Uncle Yusof nya itu walaupun dia ingin sangat untuk bekerja under pengarah terkenal, Encik Yusof Haslim itu.
”Orang Korea jugak boleh ke?’
‘Asal kan dia tak kerepot, dan baik budi bahasa dan nak terima Yana seadanya, mak okay je. Betul kan bang?’ jelas Hajah Zaiton dan meminta Haji Ibrahim untuk menyokongnya.
Haji Ibrahim mengangguk-angguk dan menambah, ‘and- of course, dia tak takut nak berkhatan!’ Haji Ibrahim menyakat anaknya mengingaktan Yana kembali pada bekas kekasih anaknya yang berasal dari Scotland yang meninggalkannya kerana tidak mahu masuk Islam kerana takut hendak berkhatan.
AYAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
************
So, teman-teman.. itu lah Yana. Nama sebenar dia Liyana Haji Ibrahim. Berumur 22 tahun. Berkelulusan ijazah sarjana muda major in Multimedia and minor in Human Resource dari Universiti of Seoul. Seorang penganggur bertauliah yang tidak ingin bekerja dengan ayahnya. Dan seorang peminat tegar kumpulan terbesar Asia, DBSK. Bak kata nya, ‘DBSK is my oxygen’. Dan sekarang dia berada di hadapan bangunan yang telah melahirkan superstar nombor 1 Asia itu, bangunan Triangle Entertainment yang berbentuk piramid – unik sungguh struktur bangunan itu. Iyalah kan dah nama syarikat tu syarikat segi tiga kan?
Yana mengesat peluhnya. Meskipun dia anak tunggal, tapi dia bukannya jenis yang ingin dimanjai. Pandai berdikari. Dan dia sebenarnya baru selesai berlari maraton dari stesen keretapi ekspres bawah tanah kerana dikhuatiri terlambat menghadiri temuduganya. Oh, and yes! A little bit of information – she’s a bit clumsy too.
Yana terus masuk ke dalam bangunan 7 tingkat yang diterokai oleh Triangle Entertainment. Sesampai di Tingkat 7, Yana terus menuju ke reception.
‘Good morning.’
‘Good morning, miss. How can I help you?’ tersenyum ramah penyambut tetamu wanita berbangsa Korea itu.
‘I’m here for an interview.’
‘Ah I see, Yana-sshi?’
‘Ye~’
‘Please sit here for a while and fill in this form. I will call you when the boss is ready’ penyambut tetamu itu menghulurkan sekeping borang untuk Yana isi.
‘Aiks! Borang apa ni?’ berkerut dahi Yana bila dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk berwarna hitam itu.
Bengang betul Yana melihat soalan pada borang itu. ‘Miss, are you giving me the right form?’ tanya Yana lagi.
‘Ye~’
Aiks! Ganjil.
Nak tau tak, apa?
Name: Liyana Haji Ibrahim
D.O.B: 16 Oktober
Age: 22
1. Do you have any favourite artist from Triangle Entertainment: YES or NO.
If your answer is YES, please proceed to Question 2. If your answer is NO, please proceed to Question 4.
2. Who is your favourite artist in Triangle Entertainment? Please tick one.
– DBSK
– Wonder Girls
– SNSD
– Shinee
– 2NE1
– Super Junior
3. Do you have any favourite member in the artist? Please write down his/her name in Hangul. 김준수
4. Who is your favourite artist from the other entertainment? Name the group and their company.
5. What do you like about the artist that you stated above?
– Songs
– Looks
– All of the above
6. Why do you want to apply a job position in this company? Please state in not more than 25 words.
wahaha. apa punya soalan lah no. 6 ni? eh betul ker borang ini? sungguh tak logik. ‘aku jawab main-main lah’ Yana ketawa sendiri. Dan tangannya ligat menulis jawapan untuk soalan no. 6.
‘To meet the love of my life, Xiah Junsu’
‘Dah siap?’ tanya si penyambut tetamu yang begitu hairan kenapa Yana mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab enam soalan pada borang itu.
‘Dah!’ Yana mengunjukkan borang itu pada penyambut tetamu itu.
‘Ok, You can go in now. Just go straight ahead and the last door on the left,’ terang penyambut tetamu itu lagi.
‘Kamsahamnida’ dan Yana terus meluru masuk melalui pintu besar yang automatik itu. Wah! Canggih betul tempat ni!
***
Knock! Knock!
Yana mengetuk pintu bilik yang dimaksudkan penyambut tetamu tadi.
‘Masuk!’
‘Aiks. Pandai cakap Melayu. Orang Malaysia ke?’ desis hati Yana dan terus memulas tombol pintu bilik berkenaan.
‘Selamat Datang, cik Yana. Silakan duduk’
‘err..Terima Kasih’ gugup Yana dan mengambil tempat di hadapan seorang lelaki berumur yang cukup segak. Ada sikit iras-iras Kwon Sang Woo gitu. Tapi takkan lah dia, fasih pulak berbahasa Melayu.
‘So, cik Liyana? or Puan?’
‘Cik’ jawab Yana perlahan.
‘Bagus. Itu yang kita nak’
‘Alamak ni dah lebih ni. Ulat daun dah naik ke bulu dah~’ bisik hati Yana.
‘Cik Yana jangan salah faham. Takde nak usha-usha. I sendiri pun dah kahwin. I orang Malaysia. Asal Kuala Lumpur. And moving permanently here since I kahwin ngan orang sini jugak,’ terang Encik Iskandar Zulkarnain.
‘Ooooo…’ eh! siapa yang kena interview ni sebenarnya? dia ke aku?
‘Mianhe. Maafkan saya, melalut pulak. Sepatutnya cik yang ditemuduga kan?’
Wah! Boleh baca fikiran ke apa Encik Iskandar ni.. Yana masih lagi awkward sebenarnya dengan keramahan Encik Iskandar yang tidak disangka.
‘Ok lah. Cik Yana, tak perlu segan. Kita sama-sama orang Malaysia kan?’ tanya Encik Iskandar bila melihat Yana yang masih kurang selesa. Dan akhirnya Yana pun mengukirkan senyuman.
‘I am impressed with your CV. Based on this, I am giving you the job as Studio Technical Assistant? Is it okay?’
‘Ohmo~ really? Betul ker ni Encik? Saya dah dapat ke kerja ni?’
‘Betul lah tu. Tak kan saya nak tipu kot.’
‘Wah! Tak sangka betul lah. Ingatkan tadi dah ready dah ni nak jadi Tukang Buat Kopi’ Yana pun pula sudah loosening it out bila menyedari akan keramahan Encik Iskandar yang boleh dibuat kawan ini.
‘Well, Cik Yana, apparently that’s part of your job also.’
‘Eyh??’
‘Yes. Bila ada artis2 kat sini datang recording kat studio kita, then you are going to make them drinks’
‘Nande?’ terkejut gak Yana mendengar jawapan Encik Iskandar. Tapi muka Encik Iskandar sungguh serius.
‘Pandai berbahasa Jepun pulak. Bagus. This is what I want in my staff. Multi-lingual. Senang sikit hantar bersama-sama ngan artis bila diaorang pergi buat video klip kat luar negeri kat mana ke’
‘Hontto ni??’ teruja sungguh Yana mendengarnya. ‘Wah..spending times with Xiah~~’ Yana mula memasang angan-angan bila dia travel dengan bebudak DBSK untuk shooting video clip diaorang. Wooo~
‘Berangan yek?’ sergah Encik Iskandar bila dilihatnya Yana sudah memandang ke hadapannya menembusi matanya ke belakang dinding.
‘Opocot..Xiah.. bila boleh kerja?’
‘Eh..Xiah mana pulak ni? Xiah DBSK ke? Kerja mulai hari Isnin next week. I bagi you masa untuk buat persediaan. Hari Isnin mesyuarat. Balik rumah, I nak you sediakan satu report untuk apa yang patut diperbaiki tentang video klip Deja Vu kumpulan SS501. Buat penelitian atas video itu.’ terang Encik Iskandar serius.
‘Baik Encik’ dan Yana mula berdiri. ‘Terima kasih banyak-banyak Encik’
‘Sama-sama’ dan Yana terus berlalu. Encik Iskandar pula tersenyum senang. Sungguh dia tidak sangka akan mendapat seorang pekerja bumiputra di pejabatnya yang sememangnya berkebolehan. Walaupun Yana nampak clumsy, tapi Encik Iskandar senang. Sejak menerima borang permohonan dari gadis ini, dia telah menghentikan anak buahnya dari menghantar flyer-flyer jawatan kosong. Sebenarnya bukan apa, memang dia nak cari tukang buat kopi untuk artis-artis tu. Tapi sayang jugak, gadis itu ada kelulusan. So dia telah pun mencipta satu jawatan untuk gadis itu yang sememangnya diperlukan dengan keadaan artis-artis di bawah syarikat nya ini yang semakin maju. Lagipun dia nak jugak melihat orang Malaysia maju di negeri lain. Haa.. tu lah salah satu misi dia.
Oh well, sebenarnya Triangle Entertainment ni isteri dia yang punya. Alaaaaa- kalau sebut nama dia, gerenti korang kenal. Korang kenal tak ngan Kim Sun Ah? tak kenal, aiyayaya.How about if i say Sam Soon? ha..see.. i saw anggukan among the readers. tu lah isteri Encik Iskandar kita ni… heeehehehehehehhe.. cinta berputik waktu penggambaran drama itu lah. Sebab tu lah no matter how hard the gossips between Hyun Bin ngan Kim Sun Ah melanda, tapi Kim Sun Ah berjaya menepisnya. Because her love is only for him, the one and only Mr. Iskandar Zulkarnain~ chewaahhhh! Lagipun sekarang ni Hyun Bin dah bercinta hangat dengan si Song Hye Gyo kan? kan? kan? Eh! Melarat lah pulak… hehehehehe…